SUP AYAM KAMPUNG

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

1 ekor ayam kampung

2 sudu besar minyak masak

1 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

3 biji pelaga

1 labu bawang besar dihiris

1 sudu besar rempah sup

1 sudu makan rempah kurma

Air secukupnya

3 biji kentang

Daun sup dan daun bawang

Bawang goreng

Garam secukup rasa

 

BAHAN KISAR:

10 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

5 cm halia

2 sudu besar jintan manis

2 sudu besar jintan putih

1 sudu besar ketumbar

3 biji buah keras

 

CARA:

  1. Panaskan minyak  dan tumiskan, rempah tumis ( kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga dan cengkih) dan bawang hingga harum dan garing.
  2. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga garing dan terbit minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah sup dan kurma. Rempah boleh dicampurkan air untuk jadikan pes.
  4. Tumis lagi hingga rempah garing. Jika pekat boleh masukkan sedikit air.
  5. Apabila semua sudah garing masukkan ayam. Biarkan mereneh hingga ayam Kemudian masukkan kentang  masak hingga  kentang empuk.Akhir sekali masukkan garam.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan