DENDENG DAGING

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN:

1 kg daging lembu

3 cm halia-hiris

3 ulas bawang putih-hiris

5 ulas bawang merah-hiris

 

BAHAN KISAR:

15 tangkai cili kering – goreng

10 ulas bawang merah – goreng

2 cm halia – goreng

3 ulas bawang putih – goreng

 

BAHAN TUMIS:

5 biji buah pelaga

3 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

Garam secukup rasa

1 sudu besar kicap lemak masin

1 kg bawang merah dibuat bawang goreng

 

CARA:

  1. Bahan A dicampurkan kemudian direbus hingga empuk.
  2. Kemudian angkat dan tuskan hingga kering, potong nipis dan ditumbuk-tumbuksedikitdan kemudian digoreng.Ketepikan.
  3. Tumis buah pelaga, kulit kayu manis bunga lawang dan bunga cengkih.
  4. Masukkan bahan yang telah dikisar kasar tadi, kicap dan garam secukup rasa.
  5. Biarkan hingga naik bau dan naik minyak.
  6. Masukkan daging dan kacau rata.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan