BAHAN:

6 biji telur pindang

1/2 cawan air asam jawa

2 sudu besar gula perang

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

 

BAHAN KISAR:

30 tangkai cili merah – kisar

10 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 biji buah keras

 

CARA:

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumiskan bahan kisar hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan biarkan mereneh sebentar.
  4. Masukan garam dan gula secukup rasa.
  5. Akhir sekali, masukkan telur pindang.
  6. Biarkan sambal pekat.