Nanas selalu digunakan dalam pembuatan kek. Rasa manis dan masam nanas menjadikan kek anda lebih menarik berbanding kekĀ biasa. Kebiasaannya penggunaan nanas dalam pembuatan kekĀ sering dihiasi seperti dalam gambar-gambar yang ditunjukkan. Jarang sekali nanas dikisar dalam adunan kek.
Mengapakan senario begini sering kita lihat dalam dekorasi kek nanas. Alasan pertama, nanas yang bentuknya bulat dalam tin sesuai dijadikan dekorasi kek. Kek jenis ini biasa dikenali sebagai `up-side down cakeā dalam bahasa Inggeris. Ini kerana nanas yang diletakkan pada bahagian bawah doh sewaktu dibakar akan diterbalikkan sewaktu menghidangkannya untuk menampakkan hiasan nanas.
Bentuk bulat yang berlubang pada bahagian tengah nanas dalam tin agak sesuai dijadikan hiasan seperti itu. Selain itu buah nanas juga mempunyai tekstur yang tahan lasak biarpun setelah dibakar. Nanas tidak menjadi lembik dan ia tetap tersusun rapi pada bahagian bawah adunan kek. Warna kuning nanas juga amat sesuai dengan warna kek.
Negara pengeluar buah nanas terbesar dunia ialah Filipina, diikuti dengan Thailand, Costa Rica dan Indonesia. Malaysia jatuh di tangga ke-12 dunia.
Nanas yang kaya dengan magnesum dan vitamin CĀ berasal dari Amerika Selatan dipercayai ditemui di Brazil dan Paraguay. ColumbusĀ telah menemui pokok nanas pada 1493 dan menamakannya `pina de Indesā bermaksud `pine of IndiansāĀ dan membawa benih pokok balik ke Eropah.
Perancis telah memperkenalkan pokok nanas ke Hawaii dan Filipina sekitar tahun 1550, kemudianĀ mula ditanam secara perladangan komersial pada 1886 di Zimbawe dan Guam.
Oleh: Noor Joha Ahmad
Foto: Sumber Google