UNGKEP KICAP PARU & HATI

BAHAN SANGAI & KISAR

1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar jintan putih

1 sudu besar ketumbar

 

BAHAN KISAR

2 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

6 cm halia

40 tangkai cili padi

6 cm kunyit

 

BAHAN KETUK

4 batang serai

7 cm lengkuas

 

BAHAN A

½ kg paru – rebus & hiris

½ kg hati – rebus & hiris

½ cawan kicap manis

½ cawan kerisik

3 helai daun limau purut

Minyak

1 sudu besar gula Melaka

Garam

½ cawan air asam jawa

Air secukupnya

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan minyak, tumis bahan sangai dan bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan semua bahan dan biarkan kuahnya kering. Gunakan api yang perlahan. Air ditambah jika hati dan paru belum cukup empuk. Jika paru sudah direbus empuk, jangan gunakan air terlalu banyak.