BAHAN

1 kg hati ayam – rebus

3 helai daun salam atau daun limau purut

1 cawan kerisik

3 keping asam gelugur

Minyak

Gula dan garam

 

BAHAN KISAR

5 batang serai

2 labu bawang besar

4 ulas bawang putih

6 cm halia

6 cm lengkuas

5 tangkai cili hijau

20 tangkai cili padi

4 cm kunyit

 

CARA MENYEDIAKAN

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan gula, garam, daun salam, dan hati ayam.
  3. Tuangkan secawan air. Biarkan mereneh di atas api yang kecil.
  4. Air sekali masukkan kerisik dan kacau sehingga kering.