BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu besar serbuk penaik
2 cawan gula kastor
3 biji telur
1 cawan minyak jagung
Sedikit esen vanila
½ cawan buah ceri – kisar
4 biji pisang lembik
Bahan Topping:
Buah ceri maraschino
120 gm coklat susu konvertur
CARA MENYEDIAKAN:
- Satukan ke semua bahan kering dalam mangkuk besar.
- Gunakan spatula sahaja, campurkan telur, pisang , ceri dan esen vanila.
- Masukkan bahan kering perlahan-lahan pada adunan tadi, jangan terlalu lama.
- Tuangkan ke dalam acuan rim 9 inci dan bakar pada suhu 180⁰C selama35 minit. setelah siap sejukkan.
- Menggunakan kaedah doubleboiled, cairkan coklat susu kouvertur dan tuang ke atas kek ceri, hiaskan dengan buah ceri maraschino.