BAHAN KRIM & INTI:
240 gm mentega
80 gm gula
40 gm gula perang
30 gm epal hijau kering – cincang
Bahan kek :
3 biji telur gred A atau B
4 sudu besar gula kastor
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar ovellate
6 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar jus epal hijau
Sedikit esen epal
60 gm mentega – cairkan
Sedikit pewarna hijau
CARA MENYEDIAKAN:
- Pukul semua bahan kek epal hijau kecuali mentega cair dengan kelajuan maksimum hingga kembang dan berkrim lebih kurang 7 hingga 9 minit.
- Masukkan mentega cair ke dalam adunan dan kaup balikkan dengan spatula hingga sebati dan rata.
- Tuang adunan ke dalam loyang 11″ X 8″ yang telah dilapikkan dengan kertas kalis minyak dan ratakan permukaannya.
- Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170⁰C selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
- Pukul mentega , gula perang dengan gula sehingga kembang, masukkan epal kering pukul sebentar. Hiaskan kek epal mengikut kreativiti, kek epal juga sesuai dibuat lapis demi lapis dan sejukkan.