BAHAN:
300 gm udang besar
2 sudu kecil bawang putih – cincang
1 sudu kecil halia – cincang
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar kicap cair
Hirisan daun bawang
CARA:
- Perapkan udang dengan kesemua bahan selama 10 minit.
- Ratakan udang didalam mangkuk jangan tindih nanti udang masak tak rata.
- Kukus selama 5 minit dan hidangkan bersama daun bawang yang dihiris halus.