SERUNDING AYAM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN

1 kg ayam

1 kg santan

4 sudu besar biji ketumbar – sangai dan tumbuk kasar

4 sudu besar biji jintan kasar – sangai dan tumbuk kasar

1 cawan air asam

3 sudu besar kerisik

Sedikit garam dan gula

Minyak masak untuk menumis

 

BAHAN KISAR

20 tangkai cili kering

500 gm bawang merah

10 ulas bawang putih

2 cm halia

1 cm lengkuas

5 batang serai

 

CARA

  1. Rebus ayam hingga empuk, kemudian siat-siat sehingga halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar, masukkan jintan dan ketumbar tumis sehingga naik bau.
  3. Masukkan santan, kerisik, garam, gula dan air asam.
  4. Kemudian masukkan ayam kacau rata, masak menggunakan api kecil sehingga serunding kering. Sedia dihidangkan bersama ketupat.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan