BAHAN
600 gm udang kertas saiz sederhana – bersihkan, buang kepala, kulit dan tinggalkan ekor
1 cawan serbuk roti
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur ayam gred A
G dan gula secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN TUMBUK
2 ulas bawang putih
1cm halia
1/2 sudu kecil lada putih
CARA
- Masukkan udang, bahan tumbuk, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
- Masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
- Pukul ringan telur dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi udang tadi. Kacau rata sekali lagi.
- Golek-golekkan seekor demi seekor udang di atas serbuk roti.
- Goreng hingga perang keemasan atau sehingga masak.