BAHAN
1 ekor ayam segar – bersihkan dan toskan
BAHAN A
3cm halia – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 sudu besar stok ayam pekat
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada putih – ditumbuk
1 sudu besar madu
½ cawan perahan jus lemon
BAHAN B
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan stok ayam pekat
2 sudu besar madu
CARA
- Lumurkan ayam dengan Bahan A dan perap selama 8 jam dalam peti sejuk.
- Panggang ayam dalam ketuhar selama 1 jam pada 200c.
- Keluarkan ayam dari ketuhar dan sapu dengan Bahan B pula.
- Masukkan kembali ke dalam ketuhar dan panggang dengan api kecil selama 15 minit.
- Tutup api oven, dan keluarkan. Sedia untuk dihidang.