BAHAN
3 keping isi ayam – potong kecil
100 gm kacang tanah – sangai
3 ulas bawang putih – hiris
3 cm halia – hiris
4 ulas bawang merah – hiris
5 tangkai cili kering –potong
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap cair
Sedikit pati ayam
Sedikit tepung jagung – bancuh dengan sedikit air
Lobak merah – potong kecil
Timun – potong kecil
Sedikit minyak cili kering
Sedikit minyak masak
CARA
- Panaskan minyak , masukkan ayam dan cili kering. Tumis sehingga sebati.
- Kemudian masukkan sos cili, kicap pekat, kicap cair, lobak merah dan timun.
- Perasakan dengan gula, garam dan pati ayam. Masukkan sedikit minyak cili kering.
- Akhir sekali, masukkan sedikit tepung jagung yang telah dibancuh dengan air untuk memekatkan hidangan.