BAHAN
1 paket sosej ayam
¼ cawan minyak masak
1 labu bawang besar – hiris
3 tangkai cili hijau – hiris
½ sudu bawang putih – kisar
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil bijan
CARA
- Panaskan minyak dan tumis hirisan bawang besar dan cili hijau sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan sosej ayam, bawang putih kisar dan sos tomato. Perasakan dengan garam. Gaul sehingga masak.
- Taburkan bijan dan siap untuk dihidangkan.