UDANG DAN BAYAM HALUS

BAHAN A:

100 gm bawang besar

60 gm bawang putih

30 gm halia

50 gm tomato

Sedikit  daun ketumbar

 

BAHAN B:

½ sudu besar  jintan manis

½ sudu besar  jintan putih

½ sudu besar  ketumbar

1 sudu kecil serbuk cili

1 sudu kecil  serbuk kunyit

Sedikit  daun kari

Garam dan lada sulah secukup rasa

500 gm udang

 

BAHAN UNTUK KENTANG:

100 gm bawang besar

60 gm bawang putih

Sedikit  safron

1 sudu besar halia

200 gm kentang

100 ml santan

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumiskan semua bahan A sehingga naik bau.
  2. Setelah itu, tambahkan bahan B, kacau sehingga sebati. Tuangkan sedikit air dan biarkan   mendidih.
  3. Kemudian masukkan garam dan lada sulah serta udang.
  4. Untuk kentang pula, tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia. Masukkan kentang, safron dan santan. Masak sehingga sedikit empuk. Kemudian hidangkan bersama udang.