BAHAN:
10 ekor udang saiz besar
1 tangkai cili hidup
1 batang serai
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
CARA:
- Tumbuk atau kisar kering kesemua bahan.
- Perapkan dengan udang selama beberapa minit.
- Udang boleh dicucuk dengan lidi.
BAHAN AIR ASAM:
1 genggam asam jawa
1 sudu besar kicap masin
1 sudu besar kicap manis
½  cawan air masak
1 tangkai cili dihiris nipis
½ biji tomato – dadu
½ biji bawang – dadu
2 tangkai kacang botol dihiris nipis
1 sudu kecil gula
Secubit garam
CARA:
- Gaulkan asam jawa dengan air masak, kicap masin dan kicap manis.
- Tapis dan buang biji asam jawa.
- Campurkan dengan kesemua bahan yang telah dihiris dan dadu.
- Campurkan sedikit garam dan gula.
- Bakar udang selama beberapa minit dan hidangkan bersama air asam.