BAHAN:
6 biji kentang saiz besar
300 ml krim masakan
2 kuntum cengkih
1 helai daun bay
1 ulas bawang putih – titik
½ labu bawang besar dibuang kulit
Sedikit keju mozarela dan parmesan
CARA:
- Kupas dan hiris kentang nipis.
- Pada masa yang sama, di atas api yang perlahan, panaskan krim bersama cengkih, daun bay, bawang besar dan bawang putih. Perhatikan agar krim tidak membuih terlalu kuat.
- Panaskan ketuhar pada suhu 180⁰C.
- Susun kentang selapis demi lapis di dalam loyang atau bekas yang boleh dimasukkan dalam ketuhar. Pastikan setiap lapisan ditabur rata sedikit garam dan lada sulah.
- Tapis krim dan buangkan bahan yang ditapis.
- Tuang krim perlahan-lahan keatas kentang. Pastikan sekata.
- Tutup dengan aluminium foil. Cucukkan beberapa lubang diatas aluminium foil.
- Bakar selama 50 hingga 60 minit.
- Keluarkan loyang dari ketuhar, naikkan suhu ketuhar kepada 200⁰C, buang aluminium foil dan taburkan keju diatas kentang. Bakar lagi selama 10 minit sehingga keju cair dan garing.
- Boleh hidangkan panas bersama ayam bakar safron.