BAHAN-BAHAN:
500 gm yang daun turi lembut/muda – disimpulkan
15 ekor udang sederhana besar
1 batang serai – dititik
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS
1 tangkai cili merah
6 tangkai cili padi merah
1 cm kunyit hidup
1 labu bawang besar
6 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering – rendam sekejap dan tos
2 biji buah keras
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan udang ke dalam periuk bersama serai titik, bahan kisar halus, kacau rata dan masak hingga udang berubah warna. Tuang santan, kacau perlahan. Biar mendidih.
- Masukkan daun turi simpul tadi, kacau perlahan-lahan. Masak sekejap dan masukkan garam secukup rasa. Kacau sedikit danbiar mendidih dengan api sederhana.