BAHAN-BAHAN:

6 biji telur

10 ulas bawang merah – mayang nipis untuk buat bawang goreng

Minyak secukupnya

Daun bawang atau daun ketumbar untuk hiasan

2 tangkai cili merah

2 tangkai cili hijau

½ batang lobak

 

BAHAN UNTUK SOS ASAM:    

1/2 sudu besar sos ikan

2 sudu besar gula melaka

4 sudu besar air asam jawa

1 ulas bawang putih – cincang

1 sudu kecil cili kering (cili kering yang dikisar & kasar)

1 sudu besar kacang goreng kisar

1 sudu besar minyak

2 sudu besar cili kisar

2 sudu besar sos tomato

Garam secukup rasa

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masak air hingga mendidih di dalam periuk. Ambil telur dan ditebuk dengan jarum untuk mendapatkan lubang yang kecil di bahagian atas dan bawah.
  2. Kemudian direbus selama 5 minit. Bila cukup masanya, angkat dan masukkan ke dalam air batu hingga sejuk dan kupas berhati-hati.
  3. Panaskan minyak. Kemudian goreng telur sebentar dan angkat tos kan minyak. Susun di atas pinggan.
  4. Goreng pula bawang merah hingga garing untuk dijadikan bawang goreng.
  5. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan lada kering, sos tomato, kepingan cili kering dan kacang, kacau.
  6. Masukkan air asam jawa,gula melaka dan sos ikan dan dimasak hingga terbit minyak. Masukkan lobak, cili merah dan cili hijau. Setelah cukup rasa angkat dan curahkan di atas telor dan taburkan bawang goreng serta daun bawang.
  7. Pastikan telor ini bila dipotong kuningnya meleleh keluar.