Resipi ringkas ini berasal dari kepulauan Fiji. Hidangan ini tidak perlu dimasak, tetapi hanya menggunakan perahan air limau dan santan. Sama seperti umai-umai di Sarawak, kokoda juga menggunakan isi ikan jenis putih.
BAHAN-BAHAN
¾ kg isi ikan putih
3 sudu besar perahan air limau
1 cawan santan – perah dengan air suam
½ cawan perahan air limau – bahan perap
1 labu bawang besar – cincang
Sedikit daun ketumbar – hiris
1 tangkai cili merah – hiris
1 biji tomato – dadu
Gula dan garam
Sedikit lada hitam – tumbuk
CARA MENYEDIAKAN
- Potong isi ikan nipis dan cuci bersih. Tuskan dan curahkan setengah cawan perahan air limau dan perapkan sehari dalam peti sejuk
- Setelah sehari, tuskan isi ikan dan gaulkan dengan bahan-bahan lain.
- Tuangkan santan dan sedikit lagi perahan air limau.