BAHAN UNTUK PES:

1/2 kg kacang tanah

150 gm cili kering

100 gm udang kering geragau

1 genggam kacang dhal (paruppu)

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis

Air masak secukupnya untuk mesin bahan

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Tumiskan bahan-bahan di atas seperti kacang tanah, kacang dhal dan cili kering. Akhir sekali udang geragau.Tunggu hingga terbit minyak. Sejukkan dan kisar halus bersama air.
  2. Kemudian tumiskan kisaran di atas sehingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa, gula merah dan garam. Rasa kepedasan sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi.

 

BAHAN B:

1 pinggan mi sanggul

½ cawan tauge

1 batang sayur sawi – ketuk batang sawi dan potong

1 biji telur

1 labu bawang besar – hiris memanjang

1 ulas bawang putih – ketuk dan dihiris

1 sudu kecil kicap cair

Air garam yang telah dilarutkan ( secukup rasa )

100 gm isi ayam

6 ekor udang saiz sederhana

 

UNTUK HIASAN

Daun bawang dan sup – hiris

Cili merah

Limau nipis /limau kasturi

Bawang goreng

Tauhu

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Panaskan kuali dan panaskan minyak. Masukan hirisan bawang putih dan dikuti dengan hirisan bawang.
  2. Kemudian masukan dua sudu besar pes yang telah sediakan.
  3. Masukkan udang, ayam, tauhu goreng dan sayur sawi. Apabila sawi layu masukkan mi dengan segera. Titiskan kicap cair.
  4. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes.
  5. Apabila mi sudah mula masak. Kecilkan api dan tepikan mi  dan kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur anda dengan mi dan biarkan dalam biarkan selama seminit. Besarkan api  dan kacau rata mi dengan telur dengan cepat.
  6. Hiaskan dan hidangkanlah mi goreng anda dengan daun bawang, daun sup, cili, bawang goreng dan lain-lain.