HIDANGAN : 10 ORANG
MASA: 8 MINIT
BAHAN A:
Roti sandwich secukupnya
½ cawan kepingan tuna dalam tin
4 sudu besar mayonis
1 cm lobak merah -cincang
1/2 labu bawang merah – cincang
Sedikit serbuk lada sulah
Sedikit garam
BAHAN B:
2 sudu besar mentega
1 ulas bawang putih cincang
sedikit daun paslicincang
Campurkan semua bahan diatas
CARA:
- Campurkan ke semua bahan B dalam mangkuk, kacau sebati. Ketepikan.
- Roti sandwich disapu mentega terlebih dahulu.
- Sapukan pula inti yang telah siap, jadikan sandwich, permukaan sandwich disapu pula dengan bahan B.
- Bakar di atas kuali leper sehingga kekuningan dan balikkan. Siap untuk di tapau.