BAHAN
1 kg daging kambing biri-biri
5 biji bawang besar – cincang
5 biji tomato merah – cincang
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu besarĀ serbuk ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan minyak
CARA
- Panaskan minyak dan tumis bawang besar hingga wangi dan kekuningan.
- Masukkan tomato, halia kisar, bawang putih kisar, serbuk kunyit dan serbuk cili. Kacau sebati.
- Masukkan air dan masak sehingga bawang dan tomato hancur.
- Masukkan daging kambing biri-biri dan gaul rata.
- Gunakan api sederhana dan masak sehingga daging empuk serta kuah menjadi pekat.