Terliur melihat daging dan sotong yang dipanggang di atas bara. Desiran bunyinya cukup mengasyikkan dan menganggu tembolok yang sedang kelaparan.

Hidangan yang diperap menggunakan resepi asal dari Korea dan mengekalkan originaliti daripada segi persembahan dan cara makanan, Bangi Dong adalah restoran wajib kunjung 2017. Apatah lagi, restoran ini adalah milik bumiputera dan semua kru yang diambil adalah beragama Islam, sekaligus dapat melenyapkan pesepsi dan keraguan terhadap status halal.

Menurut pemilik, Zhafri M. Hashim, 27, Bangi Dong adalah cerminan hidangan asal Korea Selatan. Tidak perlu merantau jauh ke negara K-Pop untuk merasai menu autentik, hanya lajakkan kaki ke Medan Pusat Bandar Baru Bangi, nah, alami sendiri kelazatannya pada kos yang cukup berpatutan.

Malah menurut Zhafri, ‘ventilation’ yang ditempatkan di setiap meja juga ditempah khas dari Korea untuk memberi pengalaman sebenar ala-ala budaya K-Pop.

Lebih mengujakan, kehebatan kimchi Bangi Dong meniti dari bibir ke bibir sehingga dikatakan antara yang terbaik di Malaysia. Kepingin merasainya? Dan Saji sendiri cukup teruja menikmati BBQ yang dibalut bersama salad dan sos istimewa yang diterbangkan khas dari sana. Jangan lupa pesan Jujube Tea buat penyejuk badan.

Alamat :

Bangi Dong. B-01-G, Jalan Medan Pusat Bandar 5, Seksyen 9, 42650 Bandar Baru Bangi, Selangor.