BAHAN
1 biji kek span
Krim segar secukupnya (dipukul sehingga naik)
Jeli segera (mengikut rasa kesukaan)
Buah-buahan segar (mengikut pilihan – strawberi, anggur, beri biru)
CARA
- Di dalam gelas tuangkan jeli selapis.
- Letak selapis kek span.
- Diikuti dengan hirisan buah segar.
- Kemudian selapis jeli semula.
- Setelah itu, lapiskan dengan kek span dan buah mengikut citarasa masing-masing.
- Di atas sekali paipkan krim segar. Hiaskan menggunakan buah-buahan atau lain-lain bahan.
- Simpan di dalam peti sejuk dan hidang sejuk.