BAHAN TAT
250 gm mentega
125 gm gula kastor
500 gm tepung gandum
1 biji telur
BAHAN INTI
4 biji telur
¾ cawan gula halus
1 cawan susu cair
1 cawan air
1 sudu kecil esen vanila
Sedikit pewarna kuning
CARA:
- Pukul mentega dan gula hingga sebati.
- Masukkan tepung dan telur dan gaul hingga sebati.
- Bentukkan adunan tadi didalam bekas pembakar.
- Untuk bahan inti: Campurkan semua bahan di atas di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
- Tuangkan adunan ke dalam kulit tat.
- Bakar di dalam ketuhar 150⁰C sehingga kekuningan lebih kurang 20 minit.