BAHAN UNTUK PANDAN SPONGE
200 gm tepung kek span vanila
4 biji telur
2 sudu besar esen pandan
100 gm mentega – cairkan
CARA:
- Pukul ke semua bahan sehingga sebati dan masukkan mentega.
- Tuang ke dalam dulang pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar.
- Bakar sehingga masak pada suhu 180⁰C.
BAHAN UNTUK PANDAN KAYA
500 gm kek span (dibahagi 3 lapis)
150 gm gula halus
1 sudu kecil garam
50 gm tepung hoenkwe
50 gm serbuk jeli
2 biji telur
100 ml jus pandan
300 ml santan
1200 ml air
CARA:
- Masukkan ke semua bahan dalam periuk dan masak di atas api sederhana.
- Kacau sehingga sebati dan likat, sejukkan sebentar.
- Dalam loyang, letakkan selapis kek pandan, kemudian tuangkan selapis pandan kaya.
- Biarkan sejuk sebentar kemudian lapiskan lagi sehingga tiga lapis.
- Di lapisan yang atas taburkan dessicated coconut. Simpan di dalam peti dan boleh lah di hidangkan.