TAT BUAH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN TAT

250 gm mentega

125 gm gula kastor

500 gm tepung gandum

1 biji telur

100 gm coklat yang dicairkan

50 gm agar-agar yang dimasak

Buah-buahan segar (mengikut pilihan)

 

BAHAN KRIM VANILA

500 gm susu segar

100 gm gula halus

4 sudu besar tepung kastard

4 sudu besar tepung gandum

1 sudu kecil esen vanila

 

CARA:

  1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  2. Masukkan tepung dan telur dan gaul hingga sebati.
  3. Bentukkan adunan tadi di dalam bekas pembakar.
  4. Bakar kulit tat di dalam ketuhar sehingga kekuningan.
  5. Sapukan coklat cair didalam kulit tart yang sudah masak
  6. Paip krim vanila di dalam kulit tat.
  7. Untuk bahan krim: Kacau di atas api sehingga likat.
  8. Letakkan buah-buahan yang telah dihiris mengikut pilihan.
  9. Sapukan agar-agar cair di atas buah-buah tadi.

 

 

 

 

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan