Transformasi baharu SUKASUCRE Bistro

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

SETELAH empat tahun beroperasi, SukaSucre Bistro kini tampil dengan transformasi baharu menerusi dekorasi premis dan menu. Selain menyuktik elemen moden Paris pada dekorasi,  Datuk Fazley Yaakob yang merupakan pemilik restoren, turut menampilkan deretan menu baharu serta memperkenalkan SukaSucre Bakery.

Antara yang ditonjolkan kali ini adalah Dulang Minang berisi sepuluh aneka lauk enak di atas dulang emas untuik dinikmati oleh dua hingga empat orang dalam satu masa. Rembau Bowl yang berisi nasi dengan variasi lauk-pauk Negeri Sembilan juga menjadi tarikan baharu.

Mengulas kewujudan SukaSucre Bakery pua, kata Datuk Fazley idea tersebut telah berada di kotak fikirannya sejak tahun lalu apatah lagi si ibu tercinta, Datin Umi Kalsom Abd. Latib merupakan pencinta tegar roti.

“Alhamdulillah, saya kini dapat membuat roti terbaik khas untuk ibu sendiri. Tidak ketinggalan, saya juga melakukan penambahbaikan pastri dan menu baharu aneka roti Perancis dengan menyelitkan elemen tempatan seperti croissant teh tarik, sirap bandung dan sirap limau.

“Kemuncak kewujudan bakeri itu, saya juga akan menunjukkan pengalaman unik menerusi hidangan spesial saya gelarkan, Dessert Table. Bayangkan, saya melukis di atas sebuah meja khas dengan diletak pelbagai hidangan pencuci mulut sambil dinikmati oleh pelanggan menggunakan tangan. Itu pasti memberi momen manis buat mereka,” ungkap Fazley.

FOTO :theshahrulizzat

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan