
BAHAN-BAHAN
250 gm mentega
3 biji telur
3 batang lobak merah – parut kasar
1 ½ cawan gula perang
1 cawan badam cincang
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 ½ cawan tepung gandum
CARA MENYEDIAKAN
1. Putar mentega dengan gula perang hingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil adunan diputar sekata.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat dan dicampurkan dengan badam cincang perlahan-lahan, putar lagi hingga sekata.
4. Akhir masukkan lobak parut, kacau secara manual seketika.
5. Tuang adunan ke dalam loyang. Kukus selama dua jam.