Bahan-bahan A
Telur masin kuning – 1 sudu kecil
Telur masin putih – 1 sudu kecil
Cili padi – 1 sudu kecil
Daun kari – 5 gram
Gula – 1 sudu kecil
Bahan untuk salutan sotong
Tepung gandum – 1 sudu besar
Tepung jagung – 1 sudu besar
Garam
Gula
Stok ayam
Air
Serbuk roti
Bahan-bahan
Sotong – 2 keping
Tortilla – 1 keping
Krim masakan – 1 sudu besar
Mentega
CARA :
Salutkan sotong bersama tepung dan serbuk roti, kemudian goreng sehingga keemasan.
Dalam kuali yang lain, cairkan sedikit mentega, kemudian masukkan semua bahan A. Gaul sehingga naik bau.
Selepas itu, masukkan pula krim masakan sehingga sedikit pekat.
Masukkan sotong dan gaul rata.
Bakar tortilla di atas kuali leper.
Susunkan salad dan sotong bersama sedikit mayonis dan balut kemas.