Skip to Content

Friday, July 21st, 2017
PEMAKANAN SIHAT IBU HAMIL ANEMIA

PEMAKANAN SIHAT IBU HAMIL ANEMIA

Saji Online

Jangan ambil ringan apabila ibu hamil mengalami keletihan, kelesuan dan kerap sakit kepala.  Risikonya bukan hanya kepada ibu, namun berbahaya kepada bayi dalam kandungan.

Jadi kali ini, SAJI ingin berkongsi resepi semulajadi untuk meningkatkan zat besi dalam tubuh. Apa yang penting, elakkan terlalu kerap minum kopi, teh dan minuman bergas.

 

SUMBER MAKANAN ZAT BESI

Kerang

Ikan bilis

Ayam

Daging

Ikan

Kumpulan Sayuran dan bijian

Kacang Kuda

Peria

Kangkung

Bayam

Pucuk Paku

 

Cara Peningkatan Penyerapan Zat Besi

Ambil makanan punca haiwan dan makanan laut 3 kali seminggu

Ambil buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C sebagai pembuka hidangan

Perah limau ke atas makanan

Kerap sediakan sayuran hijau dengan perencah seperti ikan bilis, udang segar, sotong, daging, ayam atau telur.

Elakkan minum air teh, kopi, susu dan minuman bergas bersama pil hematinik.

 

Sarapan Menu

1 cawan mihun goreng

1 ketul daging

½ cawan sayur (sawi+taugeh+kucai)

1 biji pisang

1 gelas susu

 

Minum Pagi

1 biji karipap

1 gelas jus oren

 

Makan Tengahari

2 cawan nasi

1 ketul dada ayam masak sup

½ cawan sambal kerang

½ cawan kalian goreng

½ cawan ulam-ulaman

2 sudu makan sambal mangga

1 gelas air kosong

 

Minum Petang

1 biji pau kacang

1 potong betik

1 gelas susu

 

Makan Malam

2 cawan nasi

1 ekor ikan kembong bakar kuah asam limau

½ cawan bayam masak rebus

3 potong timun

½ biji jambu batu

1 gelas air kosong

 

Minum Malam

1 gelas susu

 

Sumber : Unit Pemakanan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Gambar : Ehsan Google

Previous
Next