BAHAN-BAHAN:
2 cawan labu yang dilenyek – rebus dan tos kan airnya
1 cawan pisang emas – lenyek
3/4 cawan gula pasir dicampur gula merah
2 cawan tepung gandum
½ cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
1 cawan kelapa parut dengan sedikit garam (untuk inti)
Daun pisang (layur diatas api dan potong kecil) secukupnya untuk membungkus
1 cawan santan pekat dengan secukup rasa garamnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan labu, pisang, gula, tepung, santan dan garam ke dalam mangkuk dan gaul semua bahan hingga sebati.
- Ambil dua sudu besar adunan dan letakkan ke atas daun pisang. Letakkan kelapa parut ditengah adunan tadi.
- Tutup adunan dan lipat kedua-dua hujung daun dengan kemas.
- Aturkan ke dalam periuk kukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
- Kemudian buka lepat dan disusun di dalam bekas dan curahkan santan pekat dan kukus hingga santan masak dan pekat.