BAHAN-BAHAN
300 gram daging lembu, yang dicincang
1 tin kacang pool
1 sudu teh jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu besar minyak sapi
Minyak untuk menumis
Air (2 cawan)
Bahan kisar
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
BAHAN-BAHAN LAIN
Sebarang jenis roti
Bawang besar (dipotong dadu)
Tomato (dipotong dadu)
Cili hijau dan cili merah (dihiris)
Limau kasturi
Telur 1 biji
CARA-CARA
Panaskan minyak. Kemudian masukkan minyak sapi.
Tumis bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Selepas itu jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Kacau sehingga naik minyak.
Selepas itu, baru masukkan daging cincang dan masak dalam anggaran 10 minit. Gunakan api kecil supaya bahan lebih masak sebati.
Masukkan air, kemudian kacau lagi sehingga mendidih.
Masukkan pula kacang pool. (Sambil gaul, bolehlah hancurkan sedikit kacang pool agar teksturnya lebih kecil dan halus). Masak dengan api kecil selama 15 minit.
Kemudian perasakan dengan gula dan garam. Tutup api.
Hidangkan bersama telur mata, hirisan bawang, cili, tomato dan limau kasturi.