BAHAN-BAHAN
2 biji avocado masak ranum
2 sudu besar susu pekat
2 sudu kecil gula
1 cawan susu penuh krim
Sos coklat secukupnya
Ais secukupnya
CARA-CARA
Belahkan avocado menjadi dua bahagian. Buang biji dan ambil isinya sahaja. Masukkan ke dalam pengisar.
Tambahkan susu pekat, susu penuh krim, ais dan gula lalu kisar sehingga benar-benar halus.
Di dalam gelas, tuangkan sos coklat di sekelilingnya dan masukkan jus yang telah dikisar.
