Bahan-bahan (dikisar)
Cili merah – 200 gram
Bawang merah – 5 ulas
Bawang putih – 10 ulas
Halia – satu inci
Belacan – 1 inci
Minyak masak
Bahan-bahan
Nasi impit 3 biji
Telur sebiji
Isi ayam rebus
Daun bawang
Kicap manis
Minyak masak
Gula dan garam
Cara memasak
Panaskan kuali bersama minyak, pecahkan telur dan goreng sehingga naik bau.
Kemudian masukkan sambal, isi ayam, daun bawang, gula dan garam.
Selepas itu, masukkan nasi impit dan gaul sebati, masukkan kicap manis dan biarkan seketika. Kemudian masukkan sedikit air.
Boleh dihidang bersama telur mata dan papadom.