BAHAN
4 keping tortilla perisa bawang putih
Sedikit keju mozarella
BAHAN INTI
3 cawan daging kisar
¼ kiub ayam
½ labu bawang Holland – cincang halus
3 sudu besar daun bawang – hiris halus
1 sudu besar serbuk cili paprika
Minyak masak untuk menumis
Garam
CARA
- Panaskan minyak, tumiskan bawang Holland sehingga naik bau.
- Masukkan daging kisar, kiub ayam, daun bawang, serbuk paprika dan garam secukup rasa. gaul sebati.
- Kemudian letakkan inti di atas tortilla dan gulung kemas.
- Susunkan ke dalam dulang pembakar.
- Taburkan keju mozarella dan bakar dalam ketuhar sehingga garing.