BAHAN
2 keping dada ayam
BAHAN ISI
1 ikat bayam merah
4 tangkai cili padi – hiris
½ labu bawang besar – cincang
Sedikit kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA
- Panaskan minyak, tumis bawang besar dan cili padi. Kemudian masukkan kiub pati ayam dan bayam. Ketepikan.
- Dada ayam di ratakan, ambil tumisan tadi letakkan di atas ayam.
- Gulung kemas dada ayam dan ikat rapi. Sapukan sedikit mentega dan taburkan sedikit garam.
- Susun ayam di dalam dulang pembakar. Bakar dalam ketuhar pada suhu 200°C selama 30 minit atau sehingga masak.