
BAHAN
¼ ekor ayam – potong kecil
Sedikit serbuk kari
Minyak masak menggoreng
Garam
BAHAN KUAH
2 ulas bawang putih – kisar
1 labu bawang besar – kisar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
3 tangkai cili kering
2 sudu kecil pes asam jawa
¼ kiub pati ayam
3 cawan air
½ sudu kecil lada hitam – tumbuk kasar
1 sudu kecil Italian herbs
¼ sudu kecil serbuk kunyit
3 tangkai daun ketumbar
Sedikit bawang goreng
Garam
CARA
- Ayam digaulkan dengan serbuk kari dan garam. Kemudian goreng sehingga masak. Angkat dan tuskan. Ketepikan.
- Didihkan air.
- Kemudian didihkan air sehingga mendidih. Masukkan bawang putih, bawang besar, serbuk jintan putih, pes asam jawa, pati ayam dan serbuk kunyit. Biarkan ia mendidih,
- Kemudian masukkan lada hitam, Italian herbs, cili kering dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali bolehlah masukkan ayam. Taburkan daun ketumbar dan bawang goreng. Angkat dan hidangkan panas.