BAHAN A :
½ bungkus pasta bowtie
3 sudu besar minyak zaitun
Sedikit garam
BAHAN B
350 gm udang
1 sudu besar serbuk secukup rasa
1 labu bawang Holland
1 biji lada benggala kuning, merah dan hijau
1 sudu kecil serbuk lada putih
Sedikit keju – parut
2 sudu besar minyak zaitun
CARA
- UNTUK PASTA : Rebus pasta bowtie, letakkan sedikit garam. Rebus hingga empuk.
- Kemudian tuskan, gaul dengan sedikit minyak. Ketepikan.
- Panaskan minyak, tumis bawang Holland danudang seketika.
- Masukkan serbuk secukup rasa dan hirisan lada benggala merah, hijau dan kuning. Gaulkan sebati.
- Setelah masak, tuangkan di atas pasta bowtie dan taburkan parutan keju. Bolehlah dihidangkan.