HIDANGAN : 2 Orang
MASA MEMASAK : 5 Minit
BAHAN
4 keping roti
1 tin tuna
2 sudu besar mayonis
1 sudu kecil jus lemon
1 labu bawang merah – potong dadu
Sedikit salad
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
CARA
- Satukan tuna, jus lemon, mayonis, bawang merah, garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. Gaul sehingga sebati.
- Letak salad diatas roti dan letak inti tuna di atas.
- Tutup dengan sekeping lagi roti dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.