HIDANGAN : 2 orang
MASA MEMASAK : 10 minit
BAHAN
2 dada ayam – potong kecil
2 biji telur
20 ml susu segar
100 gm tepung
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk lada hitam
Minyak masak
CARA
- Pukul telur bersama susu, serbuk cili dan serbuk lada hitam sehingga kembang.
- Celup ayam di dalam telur dan kemudian sadur ayam dengan tepung.
- Ulang proses sekali lagi.
- Goreng sehingga garing keemasan. Hidang bersama sos pilihan anda.