TONGKOL GORENG BAWANG PUTIH

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

5 keping ikan tongkol – cuci bersih

3 ulas bawang putih – ketuk

8 ulas bawang kecil – kisar

3 cm  halia – kisar

3 labu bawang besar – kisar

2 sudu kecil  serbuk ketumbar

2 sudu serbuk kunyit

1 sudu besar tepung jagung

1 sudu besar sos tiram

2 sudu kecil serbuk penaik

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Masukkan kesemua bahan kisar,tepung jagung,garam,serbuk ketumbar, kunyit, serbuk penaik dan sos tiram. Kacau rata.
  2. Kemudian masukkan ikan kacau rata, perap ikan selama 20 minit atau lebih.
  3. Panaskan minyak untuk menggoreng, masukkan tiga ulas bawang putih yang telah diketuk, goreng bersama kulitnya sekali goreng hingga keperangan dan rangup. Angkat dan ketepikan.
  4. Guna minyak  yang sama untuk menggoreng ikan. Goreng hingga garing dan kekuningan. Angkat dan taburkan bawang putih yang telah digoreng tadi.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan