KAILAN LADA HITAM

WhatsApp
Facebook
Twitter
Telegram
LinkedIn

BAHAN-BAHAN:

250 gm daging segar

Sayur kailan – secukupnya

1 sudu  besar lada hitam  – tumbuk separuh hancur

6 ulas bawang putih – kisar

2 cm halia muda – kisar

2 sudu besar sos tiram

1 sudu besar kicap pekat

 

CARA MENYEDIAKAN:

  1. Potong kailan dan bersihkan.
  2. Hiris daging nipis dan bersihkan, panaskan minyak masukkan bahan kisar dan lada hitam. Tumis sehingga garing.
  3. Masukkan daging, tutup seketika sehingga daging lembut. Apabila daging sudah lembut masukkan sayur kailan. Masak sehingga sedikit layu.
  4. Masukkan sos tiram dan kicap pekat.

Topik Lain

Saji Eksklusif

Topik Berkaitan