BAHAN-BAHAN:
Kobis bulat kecil
2 biji telur masin
1 labu bawang Holland – hiris
2 ulas bawang putih – potong dadu
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar susu segar
1 tangkai cili merah – hiris
CARA MENYEDIAKAN:
- Rebus telur masin, belah dua dan keluarkan isinya dan lenyek kasar.
- Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang hiris, bawang putih dan cili merah goreng sehingga harum.
- Masukkan telur masin yang telah dilenyek dan kacau lagi, tambah satu sudu sos tiram dan susu segar.
- Kemudian masukkan kobis, masak sehingga sedikit layu