BAHAN UNTUK AYAM:
3 keping isi ayam – dadu kecil
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
Garam secukup rasa
1 biji putih telur
BAHAN SAYURAN
Kobis ungu – secukupnya
Kobis – secukupnya
Daun Salad – secukupnya
2 biji timun jepun – hiris bulat menyerong
1 biji tomato – hiris nipis
BAHAN HIASAN:
Kacang – secukupnya
2 sudu kecil bijan
3 sudu besar sos cili thai
Lemon
CARA MENYEDIAKAN:
- Potong dadu isi ayam, bersihkan dan tos.
- Dalam satu bekas campurkan isi ayam, lada sulah, sedikit garam, tepung jagung dan putih telur.
- Gaulkan kesemuanya, perap seketika. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga rangup keemasan angkat dan toskan.
- Hiriskan semua sayur – sayuran dan masukkan dalam satu bekas. Gaulkan kesemua sayuran, timun jepun dan hirisan tomato.
- Kemudian masukkan ayam. Gaul rata, tuangkan sos thai, bijan, kacang da perahkan sedikit lemon.
