BAHAN REMPAH KISAR
2 labu bawang besar
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia – kisar
3 cm lengkuas – kisar
5 batang serai – kisar
2 sudu besar kerisik
1/2 cawan santan kotak
21/2 sudu besar rata rempah kari ikan
2 1/2 sudu besar cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
BAHAN ULAM:
Pucuk ubi secukupnya
Pucuk bebuas secukupnya
3 tangkai pucuk mengkudu – hiris
30 helai pucuk kaduk
5 helai daun kunyit – hiris halus
5 helai daun cekur – hiris halus
2 genggam daun selasih
2 genggam daun kesom
BAHAN LAIN:
5 keping ikan tenggiri – cuci bersih dan toskan
Lidi dan daun pisang
CARA MENYEDIAKAN:
- Untuk rempah, panaskan minyak dalam kuali, tumis cili hingga garing, masukkan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
- Tambah air asam jawa, kerisik dan santan. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
- Terus memasak hingga rempah garing dan terbit minyak. Sesuaikan rasa.
- Untuk botok-botok, ambil dua helai daun pisang atau anda boleh layur atas api sekejap bagi dia lembut dan mudah dilipat.
- Susun daun pisang. Sudukan rempah atas daun-daun tadi lebih kurang dua sudu besar.
- Letak ikan atasnya letak lagi satu setengah sudu besar rempah.
- Bungkus botok-botok tadi dan semat kiri dan kanan nya dengan lidi. Kemaskan. Buat kaedah sama untuk baki seterusnya.
- Susun dalam pengukus dan kukus selama 30 minit. Biar sejuk dan boleh hidangkan bersama nasi dan lauk lain.