BAHAN-BAHAN :
1 keping isi ikan siakap – cuci dan toskan
1/2 sudu kecil lada hitam
1 tangkai daun ketumbar – hiris halus
1 tangkai daun bawang – hiris halus
1/2 biji lemon
3 tangkai cili padi
1 cm halia – hiris nipis
1 sudu kecil minyak bijan
2 sudu besar kicap cair
Garam secukupnya
CARA MENYEDIAKAN:
- Lumur ikan dengan lada putih dan sedikit garam. Letak ikan di dalam pinggan untuk dikukus.
- Susun kepingan lemon, halia, daun bawang, daun ketumbar Β atas kepingan ikan.
- Kukus ikan lebih kurang 8 minit atau sehingga ikan masak.
- Buang air kukusan ikan dari piring pengukus, campurkan minyak bijan dan kicap cair, tuang ke atas ikan.
- Hias dengan hirisan daun ketumbar dan daun bawang