BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
5 helai daun limau purut – hiris halus
1/2 cawan minyak bawang putih
1/2 cawan petai
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula pasir
Daun pisang /aluminium foil
BAHAN KISAR:
2 tangkai cili merah
2 biji buah keras
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1/2 cm lengkuas
1/2 cm halia muda
CARA MENYEDIAKAN:
- Untuk minyak bawang putih, ambil enam ulas bawang putih tumbuk dengan kulitnya, panaskan setengah cawan minyak tumis bawang putih tadi hingga garing dan sejukkan.
- Ikan dibersihkan dan dikelar-kelar sedikit. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula. Letak ikan atas alumunium foil, lumur dengan campuran bahan kisar tadi. Masukkan petai dan jika suka boleh diletakkan daun pisang di atas alumunium foil bagi menambah wangi.
- Tuang minyak bawang putih dan tabur daun limau. Tutup dan bungkus ikan dengan alumunium foil dan bakar sehingga ikan masak.
- Apabila ikan masak, buka sedikit foil dan terus membakarnya dengan alumunium foil terbuka sehingga sedikit garing.