BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan merah/tenggiri
2 tangkai cili merah
2 labu bawang besar
Air asam jawa secukupnya
1 cm halia – tumbuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa
CARA MENYEDIAKAN:
- Ikan dipotong dan dibersihkan, kemudian campurkan serbuk kunyit, serbuk lada hitam garam dan tepung jagung.
- Gaul sebati, kemudian goreng ikan hingga garing dan kekuningan angkat dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar dan lada merah. Masak sehingga sedikit layu. Kemudian masukkan air asam. Sesuaikan rasa dan angkat. Sedia dihidang bersama ikan .